Saturday, 20 April 2013

Hati Yang Mendung

21/4/2013

Post pertama aku....

          Sebuah perasaan baru mula menyelinap dihatiku.Aku tertarik dengan peribadi si dia.Aku mengaku aku kurang baik jika dibandingkan gadis-gadis solehah diluar sana.Aku ingin berkenalan dengan si dia.Tapi aku tahu sukar untuk berkenalan malah berbicara dengan si dia.Dia sedikit anti-perempuan.Aku suka tengok muka dia,sejuk je.Bila lihat dia kelam kabut bila berhadapan dengan perempuan bila nak bercakap aku tergelak.Cukup sahaja aku melihat dia dari jauh.Aku lebih gemar kawan-kawan aku memikirkan aku menyukai kawan dia.Tapi sebenarnya dalam diam aku bukan melihat kawan dia tapi aku melihat dia.Tiada siapa ketahui rahsia aku ini..

           Jenis aku ini bikla aku menyukai seseorang itu aku akan pendam sedalam-dalamnya sampai tiada siapa mengetahui.Ada kawan aku ni dia dapat detect aku suka seseorang yang dekat dengan kami.Untuk mengelak rahsia aku menyukai si dia(X) ni.Aku bagitahu kawan aku,aku suka kawan X.Walau bagaimanapun aku tetap menyimpan rahsia aku menyukai X..

           Dalam diam aku melihatmu,akan aku semat rahsia ini selama-lamanya sehingga tidak ada sesiapa mengetahui

No comments:

Post a Comment